Wan Azlee Wan Abdullah

Menerokai Dunia IT..IT Itu Mudah

Archive for the ‘TIPS IT’ Category

FORMAT FAIL IMEJ

with one comment

Jenis-jenis format fail

Anda mungkin menggunakan/menyimpan  fail imej berformat seperti  PSD, TIFF, JPG/JPEG, GIF, BMP, PNG dalam folder peribadi komputer peribadi/pejabat dan sebagainya tanpa anda tidak faham apa fungsi setiap format fail tersebut. Dalam perkongsian ilmu kali ini, saya bawakan anda sedikit maklumat ringkas yang menerangkan setiap fungsi asas fail imej.

 

 


 

1. Format fail PSD (Photoshop Format)

  • Format fail ini boleh menyokong layer. Sesuai digunakan pada semua mod warna

2. Format fail TIFF (Tagged-Image File Format)

  • Format fail ini juga boleh menyokong layer. Sesuai digunakan pada semua jenis mod warna

3. Format fail mampat JPG/JPEG (Joint Photographic Expert Group)

  • Format fail ini biasa digunakan pada laman web dan juga sesuai digunakan dalam fail gambar mampatan umum.
  • -Saiznya adalah lebih kecil berbanding GIF.
  • -Sesuai digunakan pada jenis mod warna: RGB, CMYK, Grayscale.
  • -Tidak sesuai digunakan pada jenis mod warna: CMYK (kerana laman web tidak dapat menyokongnya, Indexed Color (256 warna)

4. Format fail GIF (Graphics Interchange Format)

  • Sesuai digunakan pada jenis mod warna: Indexed Color (256 warna), Grayscale.
  • Tidak sesuai digunakan pada jenis mod warna: RGB, CMYK (Cyan, Magenta, Yellow, Black)

5. Fail gambar BMP (Windows Bitmap)

  • Sesuai digunakan pada jenis mod warna: RGB, Grayscale, Indexed Color (256 warna)
  • Tidak sesuai digunakan pada jenis mod warna: CMYK

6. PNG (Portable Network Graphic)

  • Menyokong fail format Alpha  Channels(256 warna)
  • Sesuai digunakan pada jenis mod warna: RGB, Grayscale, Indexed Color (256 warna)
  • Tidak sesuai digunakan pada jenis mod warna: RGB, CMYK

Written by wanazlee

July 17, 2011 at 8:44 am

Posted in TIPS IT

TIPS CARA MENULIS ARTIKEL DI BLOG

with 2 comments

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai tips bagaimana menulis artikel di blog.

Cara menulis artikel di blog

Cara menulis artikel di blog

Latih diri anda menulis apa saja

Biasanya kita sering keliru dan bingung apa yang mahu kita tulis di blog? Biasanya kebingungan ini terjadi kerana apa yang kita mahu tulis itu bukan merupakan hobi atau hal-hal kesukaan kita yang selama ini dalam  bidang penulisan. Bagi mengelakkan perasaan stres dan tidak tahu hendak masuk artikel apa dalam blog, saya cadang mulai sekarang anda tulis apa saja yang terlintas dalam fikiran asalkan tulisan yang bermanfaat bagi kita dan pembaca. Ini merupakan latihan awal buat anda bagi membiasakan diri anda dengan penulisan artikel dalam blog.

Selain itu juga, anda mungkin memperoleh inspirasi melalui bacaan sebuah buku, majalah, novel, atau pun yang lainnya. Ini kerana apa yang kita baca pastinya akan melekat di minda kita, dan lebih bermanfaat jika apa kita baca itu kita tulis intipati bacaan untuk dikongsi dengan pembaca yang lain dalam blog. Bak kata falsafah “Kita baca kita faham, kita tulis kita ingat”.

Oleh kerana tujuan menulis adalah untuk sekadar latihan awalan, maka anda tidak perlu teliti untuk menyusun bahasa penulisan dalam bentuk yang indah, seperti novel atau cerita lainnya, cukup anda ungkapkan hal-hal yang menarik dan positif, asalkan blog anda akan disukai oleh pengunjung mengikut identity dan konsep blog anda.

Lawati blog-blog lain untuk idea dan inspirasi

Saya sendiri mempunyai blog-blog pilihan untuk mendapatkan idea dan inspirasi baru sebelum saya menulis sesuatu artikel baru. Blog yang anda kunjungi haruslah selari dengan konsep dan identiti blog anda sama ada berkonsep politik, ekonomi, masakan, motivasi dan sebagainya.

Ini sesuai bila mana anda kehabisan idea (mati akal) atau memang benar tidak tahu apa yang akan anda tulis, maka kunjungilah blog-blog lain seketika. Mungkin dari situ mungkin anda memperoleh inspirasi baru, seperti yang saya lakukan.

Harus diingat bahawa apa yang ada diblog orang lain anda tidak harus ‘copy and paste’ semudah itu sahaja. Mungkin dibolehkan dengan dinyatakan sumber rujukan dan dibuat sedikit olehan mengikut idea sendiri. Saya rasakan itu lebih bagus daripada menyalin bulat-bulat yang dikhuatiri satu pelanggaran etika sesame blogger kecuali dengan kebenaran.


Perkayakan diri
anda dengan banyak membaca

Ilmu pengetahuan yang luas yang ada pada seseorang blogger itu amat penting kerana pembaca akan menilai sejauh mana kematangan sesuatu artikel yang ada pada blog. Langkah inilah yang paling penting untuk menjadi seorang blogger handal. , “Anda tidak akan sukses apapun, jika Anda tidak suka membaca!”. Oleh itu, anda harus rajin dan banyak membaca agar anda selalu memperolehi banyak idea dan akhirnya anda akan menulis dengan inspirasi yang banyak.

Dengan membaca, saya percaya segala masalah ketandusan idea tidak akan terbatas buat anda.


Bina tema blog mengikut konsep dan identiti anda

Semua blogger mahukan tema blog yang cantik dan unik berbanding blog-blog lain. Bagi mereka yang mempunyai kepakaran, ini tidak menjadi satu masalah. Tetapi bagi yang tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan, pasti akan berasa sangat susah dan memeningkan kepala. Sehingga hari ni, Kebanyakan penyedia blog telah memperkenalkan satu fungsi baru yang menarik di bagi pengguna blogspot.

Dalam artikel yang akan datang, saya akan cuba berkongsi dengan anda sekalian tips yang berguna untuk memilih tema yang sesuai bagi blog anda.


Kenal tujuan anda bina blog

Mengendalikan sebuah blog sama seperti anda memandu sebuah kenderaan. Anda perlu menentukan tujuan anda. Cuba anda bayangkan jika anda memandu sebuah kendaraan namun anda tidak tahu akan kemana arah tuju anda, tentunya setelah berlama-lama menaiki kendaraan itu tanpa tujuan, maka kendaraan itu akan berhenti kerena kehabisan minyak.

Jika arah tujuan sebenar tidak jelas kenapa kita wujudkan blog saya khuatir akhirnya blog anda akan jadi sepi dan lama kelamaan tiada lagi pengunjung kerana tiada bahan terkini yang dimasukkan dan agak membosankan pembaca.

Jadi kesimpulannya, sebelum anda memutuskan untuk membuat blog , tentukan terlebih dahulu arah tujuan blo g anda supaya matlamat jelas dan akan membuahkan kejayaan.

Written by wanazlee

July 16, 2011 at 3:35 pm

Posted in TIPS IT

VIRUS KOMPUTER

with one comment

Kesan serangan virus komputer

Kesan serangan virus komputer

“Alamak komputer aku kena virus”. Inilah ayat barangkali keluar daripada mulut kita apabila terkena serangkan/jangkitan virus komputer.

Dalam hal ini ingin saya kongsi beberapa informasi menarik mengenai virus.

Apakah virus komputer?

  • Virus komputer adalah satu program komputer yang boleh mereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna
  • Senarai serangan virus komputer terkini boleh diperolehi maklumat lanjut yang disenaraikan di laman web Avira (http://www.avira.com/en/support-virus-lab)

Apakah itu ’phishing’ ?

  • Serangan ’phishing’ menggunakan e-mel dan laman-laman web palsu direka untuk memperdayakan penerima supaya mendedahkan data kewangan peribadi seperti nombor kad kredit, akaun usernames dan kata laluan, nombor keselamatan sosial, dan sebagainya. Dengan  berjaya melakukan ’phishing’ melalui bank-bank terkenal dan syarikat-syarikat kad kredit, ’phishing’ berupaya meyakinkan penerima sehingga 5% untuk memberikan maklumbalas kepada pihak yg melakukan serangan tersebut.

 

9 Tips Mencegah Virus Komputer

  1. Gunakanlah program antivirus yang bagus
  2. Selalu jalankan program antivirus.
  3. Pastikan program antivirus selalu dalam keadaan terkini (updated)
  4. Pastikan sistem operasi selalu dalam keadaan terkini (updated)
  5. Backup data secara rutin.
  6. Lakukan imbasan (scan) media penyimpanan, seperti flashdisk, sebelum menjalankannya.
  7. Sentiasa berwaspada terhadap lampiran/attachments email.
  8. Berhati hatilah dalam memuat turun program/aturacara/perisian dari laman web (url) diragui.

Written by wanazlee

July 2, 2011 at 4:33 pm

Posted in TIPS IT

3 LANGKAH BUAT BLOG

leave a comment »

 

Tahukah anda mempunyai blog sendiri bukanlah suatu yang payah. Anda hanya perlu melalui 3 langkah sahaja. Apakah langkah itu?

Akses laman web Blogger di http://www.blogger.com

penyedia servis blog

Cipta akaun anda

1. Ciptakan akaun. (Sign in with your Google Account)

Jika anda sudah mempunyai akaun gmail mungkin lebih mudah sebaliknya jika anda belum ada akaun gmail disarankan untuk mendaftar akaun gmail terlebih dahulu di http://www.gmail.com

  • “This process will create a Google account t hat you can use on other Google services. If you already have a Google account perhaps from Gmail, Google Groups or Orkut, please sign in first

2. Berikan nama pada blog anda. (Name blog)

Gunakan nama yang sesuai dengan identiti blog, isi kandungan yang ingin kita tampilkan dan yang penting mudah diingat oleh pengguna/pengunjung blog kita

3. Pilih template blog anda. (Choose template)

Blogger menyediakan pelbagai jenis template. Pilihlah yang sesuai dengan kehendak dan isi kandungan blog anda agar nampak menarik

Mudah bukan!

Cipta akaun dengan google account

Cipta akaun dengan google account

Cipta akaun dengan google account

Written by wanazlee

July 2, 2011 at 2:57 pm

Posted in TIPS IT

APAKAH ITU PELAYAR WEB

with 2 comments

Ada yang bertanya saya apakah itu pelayar web atau biasa kita sebut web browser dalam Bahasa Inggeris.

  1. Perisian aplikasi yang membolehkan para pengguna untuk mencapai dan melihat laman-laman web; atau
  2. Paket perisian yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang di hos oleh pelayan web.
  3. Pelayar web popular pada komputer peribadi termasuklah
    – Internet Explorer
    – Mozilla Firefox
    -Google Chome
    -Opera
    -dan banyak lagi

Written by wanazlee

June 29, 2011 at 12:20 pm

Posted in TIPS IT

SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN (CMS)

leave a comment »

CMS merupakan penyelesaian laman web yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan baik dari segi   gambar,   kandungan   dan   laman web.

1. Bila kita sebut tentang CMS pasti ramai yang terbayang Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain lain lagi. Lebih-lebih lagi apabila kita hendak mencadangkan penggunaannya kepada pelangan kita. Mereka akan memandang serong pada perkataan CMS kerana kebanyakannya ditawarkan secara percuma. Ini berlaku apabila kurangnya pendedahan umum tentang ‘apa itu CMS‘.

2. Sebagai langkah awal ada baiknya kita memahami terlebih dahulu apa itu apa itu CMS atau Content Management System. Apakah sama dengan perisian (software) HTML editor lainnya seperti Microsoft FrontPage, Dreamweaver, atau Notepad?

3. Seperti yang kita ketahui, kandungan (content) merupakan salah satu keperluan utama bagi sesebuah laman web. Tanpa kandungan (content) yang baik dan terkini, maka maklumat yang dipaparkan tidak akan menarik minat pengungjung ke laman web yang dihasilkan. Ini pasti akan merugikan keadaan. Oleh itu, sebuah lama web yang dikelola dengan baik pasti akan menampilkan kandungan (content) terkini bagi para pengunjungnya.

  • Sistem pengurusan kandungan (Bahasa Inggeris: content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web.
    Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sistem_pengurusan_kandungan

Written by wanazlee

June 29, 2011 at 12:11 pm

Posted in TIPS IT

APAKAH ITU JOOMLA!

with 3 comments

Joomla! merupakan salah satu Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System) yang paling popular pada masa kini, yang dikeluarkan oleh Open Source Matters (OSM). Penggunaan Joomla! kini tidak terhad kepada laman web peribadi sahaja, malahan ia juga mula digunakan untuk laman web syarikat-syarikat dan laman web e-Commerce.

“Joomla! is one of the most powerful Open Source Content Management Systems on the planet. It is used all over the world for everything from simple web sites to complex corporate applications. Joomla! is easy to install, simple to manage, and reliable.”  Sumber : http://www.Joomla.org

 Berikut merupakan penggunaan Joomla! oleh pengguna-pengguna lain bagi tujuan:

  •        Portal Corporate atau Portal
  •        Portal e-commerce
  •        Portal untuk perusahan kecil
  •        Portal untuk organisasi yang bersifat bukan keuntungan (non-profit)
  •        Portal untuk pemerintahan
  •        Portal untuk keperluan internet
  •        Portal untuk sekolah dan perguruan tinggi
  •        Portal peribadi, keluarga atau blog
  •        Portal untuk komuniti
  •        Portal untuk majalah dan surat khabar
    dan masih banyak lagi

Bagaimana pula dengan anda? Suatu persoalan yang perlu anda nyatakan matlamat dan tujuan mewujudkan laman web atau portal berasaskan CMS Joomla!.

Written by wanazlee

June 29, 2011 at 12:08 pm

Posted in TIPS IT

BUKU JOOMLA! (VERSI BM)

leave a comment »

Dapatkan buku Joomla! terkini yang saya hasilkan dalam versi Bahasa Melayu. Sesuai dijadikan rujukan bagi semua pengguna yang ingin menceburi dalam dunia portal.

BAHAGIAN SATU:
JOOMLA! SUATU PENGENALAN DAN PERMULAAN

Bab 1: Apakah itu Joomla!

Bab 2: Sejarah Joomla!

Bab 3: Sistem Pengurusan Kandungan (CMS)

 

BAHAGIAN DUA:
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN

 Bab 4: Pemasangan Pelayan Web

Bab 5: Pemasangan Joomla!

 

BAHAGIAN TIGA:
PENGURUSAN

Bab 6: Konfigurasi Umum Joomla!

Bab 7: Pengurusan Seksyen, Kategori dan Artikel

Bab 8: Pengurusan Menu

Bab 9: Pengurusan Pengguna

Bab 10: Pengurusan Media

Bab 11: Pengurusan Template

Bab 12: Fungsi Dan Servis Joomla! Di Laman Pentadbir

Written by wanazlee

June 29, 2011 at 12:06 pm

Posted in TIPS IT

FAHAM APA ITU BLOG?

leave a comment »

Mungkin bagi para blogger lama, blog bukan suatu yang asing lagi bagi mereka. Ianya merupakan diari peribadi tontonan umum yang perlu dikemaskini setiap masa.

Tanpa kita melupakan bakal blogger baru yang ingin memulakan cerita dan karya dalam blog masing-masing, ada baiknya saya terangkan seberapa ringkas apa itu blog. Mudah-mudahan ia memberi manafaat untuk perkongsian ilmu bersama.

1. Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya. Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk menyimpan post/artikel.

2. Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

3. Untuk menghasilkan blog, terdapat dua (2) cara iaitu menghasilkannya sendiri (memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat penyedia blog secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah

  • blogspot  (blogspot.com)
  • wordpress (wordpress.com)

Apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda dengan melanggan blog daripada penyedia blog secara percuma di atas.

Written by wanazlee

June 28, 2011 at 3:45 pm

Posted in TIPS IT

Ancaman Anonymous: Malaysia pertingkat keselamatan

leave a comment »

Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.

Serangan yang diberi nama “Operation Malaysia”, kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.

“Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat,” kata Ismail kepada Reuters.

“Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama.”

Written by wanazlee

June 28, 2011 at 2:16 pm

Posted in TIPS IT